Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tindakan golongan Wahabi menganjurkan seminar kononnya Syiah menjadi ancaman pada masa kini seolah-olah mencabar keputusan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato Seri Mohd Khir bin Baharom yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa ajaran Mazhab Syiah bebas diamalkan di Malaysia pada Sidang Parlimen 09 March 2011 lalu.Seminar yang dilangsungkan pada hari ini juga boleh mencemarkan kesepakatan perjanjian Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang mengiktiraf Syiah sebagai mazhab yang sah di dalam Islam.Provokasi-provokasi dalam seminar tersebut dikhuatiri boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di mana pihak musuh sentiasa menunggu peluang untuk melemahkan kaum muslimin. Selain itu penganjuran provokasi ini juga dibimbangi akan membuka ruang untuk Wahabi menarik simpati orang ramai kepada ajaran terorisme mereka atas alasan membenci Syiah. Lebih bahaya lagi masyarakat boleh terkeliru kerana Wahabi turut mendakwa golongannya sebagai Ahlusunnah.Malaysiakini kelmarin mendedahkan kebimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.Ajaran Wahabi terkenal sebagai golongan yang ekstrim dalam mengamalkan ajaran Islam dan ini dapat dibuktikan dalam kitab mereka yang menghukum orang lain sebagai kafir dan boleh dibunuh.